The NANA 's Diary



Entries About Linkies Freebies BIASES FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM
The Miss Nana


Template 99% by AtinTory .
Thanks too by B A P.

\
Nana's Diary : Stationary Haul (Vaucher BRIM RM250)

Hi peeps!

Since this is my personal post so, I am going to use Bahasa Malaysia. Semalam, aku decide untuk habiskan vaucher BRIM RM250 since aku dah alang-alang nak keluar cari barang dapur. (Barang dapur macam bunyi mak cik-mak cik tapi ye, aku beli barang dapur even aku ni masak tak ada la macam Masterchef) Aku rase masak kat kolej 100% lebih jimat dari aku tiap-tiap hari beli makanan kat luar. Aku pun nak sihat, so aku invest la duit sikit beli barang-barang makan yang sihat.

Aku start fikir nak sihat ni sejak aku tngok TVseries "Supersize VS Superskinny". Korang bole tngok cite ni kat youtube, dari season one sampai berseason-season dah. Takot kot tngok US ngan UK punya obesiti, kena potong kaki semua, since aku ada family history of diabetes, aku decide nak going healthy!

Okay, enough with the TVseries, sekarang, aku nak tnjuk sikit apa stationary haul aku. Actually tak ada la stationary sangat, tapi enjoy je la. Redha je dengan apa yang aku beli. Yang aku concern gila, dengan 9 barang aku habis kan RM200 dari vaucher tu, aku terbayang mak bapak yang nak beli barang sekolah awal-awal tahun, tak tau la berapa banyak habis. Itu kalau anak satu, kalau sampai lima,enam anak sekolah, habis darah dalam badan ni nak bayar barang sekolah!

Let's get start it!


Tadaa! Haha! Ada 8 je barang kat sini, sbb satu lagi tu tumblr pink worth RM42 yang aku terlupa nak masukkan. Sorry ye jang. Tah pape je aku beli, tapi aku happy la.. 


Lagi-lagi ni nonchet ni, actually dia ada kapel dia tanduk dua tapi ada orang dah rembat dia pi buat beg dart. Cian nonchet ni duk sorang-sorang ngan aku. Nonchet ni pouch mcm pencil box gitu la. Benda alah ni harga dia RM22. Sbb aku beli kapel dia gak, so RM44 untuk 2.  Habis RM50 vaucher aku.





Pastu aku ni gila doodle-doodle sikit, so aku amik buku monster ni .Monster school nama buku ni dan harga dia RM15.90. Buku ni mmg comel gila. Dalam dia muka surat kosong tanpa line pastu ada border muka monster. Smart!




Yang ni buku macam secret garden tu. Buku colouring untuk orang tua. eh salah! orang dewasa. Buku Dream colouring ni harga dia RM39.90. Random theme, ada kucing, pattern, bunga-bunga dan macam fashion-fashion gitu. Satu buku colouring ni ada 150 muka surat untuk colour. Aku beli buku ni dekat MPH.






Pastu ni lagi satu buku colouring yang aku amik. Harga dia murah sikit RM34.90. Dia siap ada aluminium case dan free 8 pencil colour. Yang ni mmg specific untuk patterns and motifs je. Yang ni pun aku dapat kat MPH. Masa ni MPH kat kuching  bagi semua buku colouring ni 50% off kalau ada member malangnya aku tak ada member card.






Last sekali aku rembat komik 3 buah. Lama gila tak baca komik gempak. Dulu aku beli RM7.5 je, sekarang mak aih dah RM10. Aku kat sarawak lagi kena bayar RM11.



Yang ni aku dapat free dari MPH. Tak semua barang aku beli ni dari MPH sbb MPH kedekut bagi aku amik buku je. Ceh!

Plus minus, aku dah habis kan RM200 dah.
Tumblr pink = RM42
Nonchet pouch (couple) = RM44 (RM22 each)
Monster book = RM 15.90
Colouring book 1 = RM39.90
Colouring book 2 = RM 34.90
3 Comic Books = RM 11+RM 11+RM8.5 =RM30.5
JUMLAH = RM207.2 (yang lebih tu aku tambah je pakai duit sendiri)

OK, tu je geng,
Love, NANA.

p/s, aku try ramyun pedas-pedas tu tapi beli salah brand pulak, aku terbeli Shin Ramyun. Nanti aku beli yang pedas tu, aku bagi perbadingan ngan Shin Ramyun, maybe aku bole beli udon ke kan?


Newer Post
Older Post