The NANA 's Diary



Entries About Linkies Freebies BIASES FACEBOOK TWITTER INSTAGRAM
The Miss Nana


Template 99% by AtinTory .
Thanks too by B A P.

\
Nana's Diary : 2017 people!!

Hello peeps!

It's your gal, Nana ❤️

Tune channel sikit.... Bzzzz.. Bzzzzz...

So, kalau nak diikutkan, 2016 yang lepas bukan tahun terbaik aku tapi perkara yang lepas janganlah dikenang ya anak - anak. Jadi, kita buat wishlist panjang - panjang tahun 2017 ni dengan harapan dan usaha yang tinggi macam pencakar langit tu hopefully berjayalah aku dunia akhirat tahun ni! 😂 (sebab tahun 2016 kira macam misery sikit).

Perkara  pertama aku nak buat tahun 2017 adalah *bunyi drum roll berkumandang* : habiskan degree aku yang sudah ke laut aku tengok. Ops! By the time November nanti, aku wajibulrunnah untuk graduate!! Aku sangkut elektif ngan FYP2. 2 subjek je 😭 Maaf  umi dan abah! Semua orang mesti dalam akal fikiran hati kata aku banyak main ke apa, mungkin, tapi aku serious nak grad 2017 ni!

Yang kedua, aku nak publish buku aku!! Aku masih lagi menulis sekarang dan harap doa yang terbaik wahai pembaca yang budiman untuk aku.

Yang ketiga, aku nak clean and flawless face kembali. Aku ada jalan penyelesaian terakhir iaitu laser tapi kalau boleh aku nak yang simple. Laser macam sakit je. Ada yang after laser aku baca, muka jadi teruk and merah and all, takut pulak. Setakat ni, aku pakai healing cream untuk scar and aloe vera. Aku pun amik supplement vitamin dan jaga makan. Exercise slow and steady tapi tiap hari, nak buang segala babat dan toxin yang bermaharajalela bertahun - tahun. Kalau berkesan aku share apa aku buat pada kulit aku.

Yang last, aku nak prepare myself to get married 🙈 Rohani kena kukuh. Masak macam master chef and simpanan. Aku tau jodoh dah ditentukan bila, aku just nak ready - ready. 

Itu jelah conclusion wishlist 2017 aku. Basically, ini dasarnya, bila hari dah berjalan dan berganti nanti, banyak lagi wish aku akan timbul - timbul.

Aku harap wish 2017 aku diberkati. Untuk korang, aku doakan tuhan merahmati dan tunaikan hajat korang juga!

Aku tulis pendek je, sekadar nak list wish aku. Kbai!

Love, NANA.


Newer Post
Older Post